Pages

Sunday, November 14, 2010

Kek Lapis Buatan Sendiri...

hari nie aku telah berniat untuk membuat kek batik disebabkan semalam semasa aku nak check baki duit aku ada berapa lagi sambil di dalam hati aku berniat, kalau ada lebih buat aku nk buat kek batik. aku pun check la... pastu terkejut aku, sblm nie aku cucuk tgk ada xsampai RM50, tiba mlm tu aku cucuk ada dlm RM300.. tak taw mai mana duit tu... aku msj tnya kakak aku, dia kata dia tak bank in pun... mugkin rezeki aku kot... hehehe.. tapi kalau aku ingat - ingat balik, aku penah mohon zakat UPSI... mungkin duit tu duit zakat la kot... bagus la kalau macam tu ringat sikit beban aku nak habiskan sem nie... hehehe.. ok terus ke cerita kek batik aku... sebenarnya bukan aku sorang ja yang buat kek nie, aku buat bersama - sama dengan hamizan @ jimbo... kami buat buat kek mula pukul 11 mlm dan siap dalam pukul 1 pg... dalam nak menyiapkan kek nie macam - macam masalah yang kami tempoh... mulanya ok ja kami buat mula dengan masak buttercup dalam periuk pastu masukkan susu pekat setengah tin, ok lg masa nie, lepas dah sebati semua masukkan pula milo sedikit demi sedikit, lepas dah masukkan milo tadi sedikit demi sedikit sampai habis 1 paket, gaul punya gaul nak bagi jadi likat, dia tak mau jadi likat plak... hah sudah, dekat setgh jam juga la punya gaul dia, dia tak mau nak likat juga... ingatkan susu tak cukup, kami buka setin lagi susu, bubuh dalam suku tin, gaul pulak, tak mau nak likat jugak... milo dh makin manis tapi tak mau nak likat. jimbo pi ambik milo lagi dalam peti ais dia... buka - buka plastik, keras la plak milo tu, berketul - ketul... arhhh, x kisah, bubuh ja dalam periuk tu.. hahaha.... gaul - gaul,lama jugak la gaul nak milo tadi tu sebati... dah sebati tapi masih tak likat - likat... nak tambah milo lagi milo dah habis, pastu kami masukkan plak sikit serbuk koko, gaul - gaul, warna dan cun tapi tak likat jugak. pas tu jimbo p bila la milo lagi 1 paket, jam dah pukul 12 lbh, ujan plak tu... tak apa, untuk siapkan kek batik punya pasal dia redah ja ujan tu dengan pakai sweater Arai Joe, dah 12 tengah malam lebih. ada kedai runcit buka lagi ker???? sampai ja rumah, nasib baik la ada, dia beli kat kedai big nine kot yang dekat - dekat dengan 7E dekat simpang 4 kuil Tg. Malim nie... nasib baik ada... hehe... lepas dah bubuh milo tu lagi sikit, akhirnya jadi juga kelikatan yang diingini, untuk kelainannya, jimbo masukkan sikit bahan perasa (rahsia la) nak bg sedap sikit, adakah akan sedap???... hehe.. alhamdulillah.... akhirnya siap juga adunan yang kami buat td... hahaha... lepas tutup api dapur kami maukkan sikit kacang almond. pastu kami patah - patahkan pula biskut marie dan masukkan ke dalam bekas. lepas dah siap patah - patahkan, jimbo angkat adunan tadi pastu tuang kat atas biskut marie yang dah dipatah - patahkan tadi. maka dengan ini siap la sudah KEK BATIK BUATAN SENDIRI... HAHAHA... kat bawah nie ada serba sikit gambar yang sempat diambil...

Monday, November 8, 2010

Sambutan Jubli Emas PERKIM

alhamdulillah, tamat sudah majlis sambutan PERKIM yang diadakan di Masjid Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur yang diadakan sepanjang 3 hari bermula pada hari Jumaat hinggalah hari Ahad (5 - 7 november 2010). Kelab PERKIM UPSI terpanggil untuk menyertai majlis sambutan ini. kami diberi sebuah tapak untuk membuat sedikit pameran berkaitan PERKIM UPSI. tapi malangnya,barang yang ingin dipamerkan itu tertinggal di atas van. jadinya, kami just pamerkan je lah apa yang kami bawa yang berupa buku - buku berkaitan Islam dan pamplet - pamplet berkaitan Islam di samping membuat sedikit jualan barangan cenderahati UPSI. berikut merupakan gambar berkaitan pemeran PERKIM UPSI :



Sunday, November 7, 2010

PERKIM UPSI...


assalamualaikum dan selamat sejahtera aku ucapkan kepada semua, sudah lama aku tidak update blog aku nie, dah bersawang, berhabuk dan ber-ber lagi la... hehe.. maklum la sejak kebelakangan ni aku tidak berkesempatan untuk menjenguk blog aku nie mana taknya aku sengaja menyibukkan diri dengan program - program universiti dan juga terlibat dengan beberapa lawatan dalam subjek aku, ok la aku nak cerita serba sedikit berkaitan penglibatan aku di dalam Kelab PERKIM UPSI (Kelab Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia). kelab nie baru sahaja ditubuhkan di UPSI iaitu ketika aku sem 2 (09/10). terkejut juga aku bila dilantik memegang jawatan yang aku sendiri tidak terfikir mampu untuk memegangnya iaitu Naib Yang Di-pertua 1. berhari - hari juga aku memikirnya tapi akhirnya aku membuat keputusan untuk memegang jawatan ini dan aku juga akan cuba berusaha membuat yang terbaik ketika memegang jawatan ini. sepanjang aku memegang jawatan nie, banyak benda aku belajar seperti baru aku faham erti komitmen kepada sesuatu kerja. pernah sekali aku naik angin sikit dengan ahli yang tidak memberi komitmen terhadap tugas yang diberi tetapi sebaliknya aku pulak yang ditengkingnya dengan memberi pelbagai alasan tapi tak pa la benda dah jadi nak bawa ke tengah pun tak dak gunanya. di sini kallau ada sesiapa yang membaca blog aku nie, aku minta sangat - sangat, tolonglah beri komitmen 100% bila diberi tugas dan telah setuju dengan tugas yang diberikan. kalau ada masalah tue bagitau la awal - awal supaya senang kita cari orang lain untuk jadi penganti. susah sangat ka nak bagitau?
ok la aku tinggal perseoalan di sini, beralih pula dengan program - program PERKIM yang aku join. program pertama yang PERKIM UPSI adakan adalah menyertai program yang dianjurkan oleh PERKIM Pusat dengan kerjasama PERKIM UUM. progam nie adalah program susulan yang telah dilakukan oleh PERKIM UUM selama 10 hari iaitu mendekati kaum orang asli Islam di Sg. Chiong, Grik, Perak. tempat yang dipilih memang mencabar sehingga kena naik feri selama lebih 3 jam perjalanan dari jeti.

hah... nie la feri yang aku kata tu... cantik bukan?? haha :-)

setelah sampai di perkampungan orang asli kami disambut dengan meriah dan juga dengan titisan air ujan yang membasahi lagi menyejukkan, hehe... dah la basah dan sejuk, kena pula beratur panjang untuk proses mengeluarkan barang dari feri. kami terpaksa membuat barisan panjang di sepanjang bukit ke feri. kat bawah nie ada serba sedikit gambar barisan panjang yang kami terpaksa buat untuk mengangkut barang ke kampung yang terletak di atas bukit yang tinggi dia boleh tahan r.... hihi