Pages

Sunday, November 7, 2010

PERKIM UPSI...


assalamualaikum dan selamat sejahtera aku ucapkan kepada semua, sudah lama aku tidak update blog aku nie, dah bersawang, berhabuk dan ber-ber lagi la... hehe.. maklum la sejak kebelakangan ni aku tidak berkesempatan untuk menjenguk blog aku nie mana taknya aku sengaja menyibukkan diri dengan program - program universiti dan juga terlibat dengan beberapa lawatan dalam subjek aku, ok la aku nak cerita serba sedikit berkaitan penglibatan aku di dalam Kelab PERKIM UPSI (Kelab Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia). kelab nie baru sahaja ditubuhkan di UPSI iaitu ketika aku sem 2 (09/10). terkejut juga aku bila dilantik memegang jawatan yang aku sendiri tidak terfikir mampu untuk memegangnya iaitu Naib Yang Di-pertua 1. berhari - hari juga aku memikirnya tapi akhirnya aku membuat keputusan untuk memegang jawatan ini dan aku juga akan cuba berusaha membuat yang terbaik ketika memegang jawatan ini. sepanjang aku memegang jawatan nie, banyak benda aku belajar seperti baru aku faham erti komitmen kepada sesuatu kerja. pernah sekali aku naik angin sikit dengan ahli yang tidak memberi komitmen terhadap tugas yang diberi tetapi sebaliknya aku pulak yang ditengkingnya dengan memberi pelbagai alasan tapi tak pa la benda dah jadi nak bawa ke tengah pun tak dak gunanya. di sini kallau ada sesiapa yang membaca blog aku nie, aku minta sangat - sangat, tolonglah beri komitmen 100% bila diberi tugas dan telah setuju dengan tugas yang diberikan. kalau ada masalah tue bagitau la awal - awal supaya senang kita cari orang lain untuk jadi penganti. susah sangat ka nak bagitau?
ok la aku tinggal perseoalan di sini, beralih pula dengan program - program PERKIM yang aku join. program pertama yang PERKIM UPSI adakan adalah menyertai program yang dianjurkan oleh PERKIM Pusat dengan kerjasama PERKIM UUM. progam nie adalah program susulan yang telah dilakukan oleh PERKIM UUM selama 10 hari iaitu mendekati kaum orang asli Islam di Sg. Chiong, Grik, Perak. tempat yang dipilih memang mencabar sehingga kena naik feri selama lebih 3 jam perjalanan dari jeti.

hah... nie la feri yang aku kata tu... cantik bukan?? haha :-)

setelah sampai di perkampungan orang asli kami disambut dengan meriah dan juga dengan titisan air ujan yang membasahi lagi menyejukkan, hehe... dah la basah dan sejuk, kena pula beratur panjang untuk proses mengeluarkan barang dari feri. kami terpaksa membuat barisan panjang di sepanjang bukit ke feri. kat bawah nie ada serba sedikit gambar barisan panjang yang kami terpaksa buat untuk mengangkut barang ke kampung yang terletak di atas bukit yang tinggi dia boleh tahan r.... hihi




ketika di sana kami telah mendekati dengan kaum - kaum orang asli yang selama ini aku kurang sedar akan kehadiram mereka. jika aku terjumpa mereka ini serious aku akan cakap mereka bukan dari Malaysia jika hanya tengok dari rupa paras mereka. aku ringkaskan je la eh cerita aku nie, kalau nak karang sampai abis page pun tak cukup... hehe... tujuan utama program susulan ini adalah untuk menanam saluran paip yang telah dibuat tetapi berada di atas kawasan tanah di samping ingin menyampaikan sedikit dakwah islamiah kepada golongan orang asli. berikut adalah gambar - gambar kerja menanam paip dan sessi dakwah beserta pemberian derma berupa beras dan kitab agama Islam yang dilakukan oleh peserta :

































No comments:

Post a Comment