Pages

Tuesday, August 23, 2011

Tinggal Kenangan


Caramel - Tinggal Kenangan
====================================
Pernah ada rasa cinta antara kita
kini tinggal kenangan
ingin kulupakan semua tentang dirimu
namun tak lagi kan seperti dirimu
oh bintangku
jauh kau pergi meninggalkan diriku
disini aku merindukan dirimu
kini kucoba mencari penggantimu
namun tak lagi kan seperti dirimu
oh kekasih
jauh kau pergi meninggalkan diriku
di sini aku merindukan dirimu
kini kucoba mencari penggantimu
namun tak lagi kan seperti dirimu
oh kekasih
pernah ada rasa cinta antara kita
kini tinggal kenangan
ingin kulupakan semua tentang dirimu
namun tak lagi kan seperti dirimu
oh bintangku
jauh kau pergi meninggalkan diriku
disini aku merindukan dirimu
kini kucoba mencari penggantimu
namun tak lagi kan seperti dirimu
oh kekasih

tiba - tiba aku rasa semacam ja bila hayati lirik nie...
ermmm... napa la agaknya eh......??? mungkinkah aku..............................???



PRK UPSI 2011

ASSALAMUALAIKUM...

Dah lama rasanya aku x menconteng kt sni maklum la agak bz dengan urusan U. hehehe.. ari nie tergerak plak hati aku nk bercerita tentang pengalaman aku menjadi calon Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) untuk sesi 2011. kalau di luar U kita memangil Pilihan Raya Umum(PRU) tetapi di universiti kita menyebutnya Pilihan Raya Kampus(PRK). Entah macam mana aku telah menjadi wakil umum, aku pun blur ketika mendapat tahu yang aku kena bertanding di kerusi umum yang sememang sukar untuk menang tambahan pula PRK kali merupakan PRK yang mudah untuk menjadi calon sebabnya degar kata Timbalan Naib Cancelor Hal Ehwal Pelajar Dan Alumni (TNCHEP), Prof. Shah pada ketika itu telah membatalkan satu daripada syarat sah bertanding iaitu setiap calon perlu mengikuti kursus kepimpinan. Disebabkan itulah kerusi umum telah bertambah menjadi 17 orang berbanding 8 orang tahun sebelumnya untuk merebut 5 kerusi sahaja. Dan salah seorangnya akulah orangnya tapi aku pergi tau kursus tu... hehe... Nie kata bawah nie ada satu poster aku.. huhu...



PRK nie aku tengok lebih kurang sama ja dengan PRU. aku kata macam nie sebabnya kalau kita tgk PRU yang calonnya xla over sangat tapi yang terlebih overnya adalah si pengikut. aku tengok si pengikut - pengikut nie ada yang ok, slow jer tapi ada yang sesetengahnya tu terlalu taksub sampaikan arahan pn dilanggar. ada la satu malam tu time semua calon membuat rapat umum masing - masing, time tu giliran aku dh abis aku pn berdiri r kat bawah bersama - sama orang yang mendengar rapat umum tu. celah - celah dok dengar tu sampai la segerombolan manusia yang mereka ishtiharkan mereka ini sebagai gelombang kuning. ada la kot dalam 100 orang or lebih cam tu. kami yang telah sedia ada kat situ tak mahu berganjak la dari tempat kami sebabkan kami datang awai kn, so sapa cepat blh dok depan r spa lambat dok belakang la kn, adat r. tetapi segerombolan manusia yang juga mengatakan diri mereka ini sebagai mahasiswa n boleh buat apa sahaja yang mereka mahu telah dengan kasarnya menolak - nolak kami sampai aku terasa ada yang menyepak aku. inilah yang dikatakan calon xada apa - apa sangat tapi pengikut yang lebih - lebih. mereka kata mereka ISLAM, abis kami nie bukan Islam? perlu ka kita mengunakan kekerasa macam tu?

Ok la malas la aku nk bercerita banyak2 tentang PRK nie, kalau di ceritakan smpai tahun depan aku x abis mengarangnya. aku ringkaskan je la eh PRK nie. OK, setelah tamatnya tempoh berkempen selama 3 hari yang dibenarkan sampailah waktu untuk mengundi pula. Pada 21 Februari 2011 merupakan hari mengundi untuk kesemua pelajar UPSI. setelah tamatnya proses membuang undi, lebih kurang pada pukul 5.45 ptg Dato' Naib Cancelor (NC) Dato' Aminah Ayob telah membuat pengumuman. nak ditakdirkan aku telah mendapat undian ke - 13 daripada 17 orang calon dengan jumlah undi 1,437. walaupun kalah di kesempatan ini aku ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada yang sudi mengundi aku (Maaf dah lewat sangat wish, hehe).

rasanya sampai di sini dululah aku bercerita tentang diri aku dalam PRK, Insyallah ada masa kita jumpa lagi, 
wassalam.... :-)

Wednesday, May 18, 2011

Minggu Suai Kenal (MSK) Ambilan Disember 2011/2011

Sudah lama rasanya aku tak tulis entry, hari nie aku nak cerita serba sedikit apa yang berlaku kat aku dalam sem  4. Sesungguhnya sem 4 banyak meninggalkan kenangan kat aku. Mana tidaknya bermula sebelum kuliah aku terlibat dengan Minggu Suai Kenal (MSK) Ambilan Disember 2010/2011. Ntah macam mana aku terpanggil untuk memegang jawatan Penolong Pengurus (PP) Sekretariat PTPTN, Aku Janji dan Bersama Fakulti. Walaupun ini pengalaman pertama aku dalam MSK namun aku gagahkan juga diri ini untuk memikul tanggjawab sebagai PP. aku menjadi lebih confident apabila mendapat Timbalan Penolong Pengurus (TPP) yang berpengalaman dan cekap dalam melaksanakan tugas iaitu TPP1 saudara Aman Yaseer bin Pramli (sem 4) dan TPP2 saudari Asyikin atau kaki ekin (sem 7). Sekretariat aku menjadi lebih mantap apabila dibarisi oleh sekretariat yang mampu melaksanakan pelbagai tugas yang diberikan iaitu saudara Fadzil (ustaz fadzil (sem 7), saudari Miza (sem 4) selaku setiausaha yang rajin, saudari Faizah (sem 4), saudari Iza (sem 4) dan akhir sekali saudari Azwa (sem 4). Sepanjang minggu Suai kenal bermacam – macam ragam n gelagat dapat aku perhatikan. Lebih bermakna apabila aku banyak memperolehi pengalaman yang sukar diperoleh apabila aku menjadi budak yang skema seperti p kuliah - balik study – tidoq… kalau tu ja yang aku buat sepanjang 4 tahun berada di UPSI ini tak bermakna seperti batang betik yang keras di luar tapi berlubang di dalam, aku kalu boleh nak jadi seperti buluh padat yang mana ianya kuat dan rmai yang mencari kerana banyak kegunaannya… :-) huhuhu.. dah melalut dh aku nie… nk cita panjang aku xreti sangat jadinya tengok je la gambaq – gambaq yang aku letak kt bawah nie eh… :-)


IZA & IZAH