Pages

Sunday, April 22, 2012

RANGKUMAN MISI KHIDMAT MASYARAKAT ANTARABANGSA KEMBOJA 2012

Assalamualaikum dan salam sejahtera, sudah lama rasanya aku dah tak berceloteh kat sini maklum la dan sem 6 kan sibuk dengan tesis (padahal tesis baru ja diluluskan tajuk.. hehehe). Rasanya dah tak sempat aku nak update misi khidmat masyarakat hari demi hari. So, aku rangkumkan je la kesemua hari itu dalam satu montaj. Saksikam je la montaj kat bawah nie... :-)


Kesimpulan yang dapat aku simpulkan sepanjang 6 hari 6 malam aku di buni Kemboja adalah aku sangat - sangat bersyukur dilahirkan dan dibesarkan di bumi bertuah yang diberi nama Malaysia. Malaysia sesudah mendapat kemerdekaan, diberi kuasa mutlak untuk mentadbir dan mengurus negara ini sendiri. Tetapi di Kemboja, walaupun mereka sudah diberi kemerdekaan, namun mereka masih dijajah melalui aspek lain seperti penjajahan dari segi ekonomi. Memang betul mereka mempunyai mata wang negara sendiri tetapi nilai mata mereka tersangat rendah dan di Kemboja juga lebih digalakkan untuk menggunakan mata wang Dollar Amerika dalam urusan jual beli. Dari sini kita dapat bandingkan dengan Malaysia yang mana kita mampu untuk menggunakan 100 % mata wang kita sendiri dalam urusan jual beli dan kita juga mampu untuk menghasilkan produk kita sendiri seperti kereta. kalau di sana, mereka menggunakan kereka import dan tidak semua yang mampu untuk memiliki kereta, hanya mereka yang betul - betul mampu sahaja mampu boleh memiliki kereta sendiri. Kenderaan yang paling popular digunakan oleh mereka adalah motorsikal, itupun sebahagian besar mereka gunakan untuk membuat tut tut (lebih kurang teksi la... huhu). Pembangunan di sana juga jelas jauh berbeza berbanding Malaysia, kita dapat lihat banyak kawasan padang jarak padang terkukur.

No comments:

Post a Comment