Pages

Monday, November 26, 2012

Penggembaraan Singapore

ASSALAMMUALAIKUM....

Lama gila aih aku dah tak update blog nie, jangan - jangan dah ada penunggu pa... hahaha... jangan la... K la hari nie aku nak cerita serba sedikit tentang pengembaraan aku dan rakan - rakan sealiran kos dengan aku kat UPSI ke Singapura atau pun nama lamanya Temasik. Kisahnya bermula hanya cerita di kedai mamak sahaja.. (amboi dah macam lagu bunyinya)... Biasa la kami nie boleh dikatakan pelanggan tegar mamak jugak la, kalau tak lepak kat mamak kami akan lepak kat kedai abg burger depan sekolah Khatolik kat Tg. Malim nie. Cerita punya cerita punya cerita last sekali ahli mesyuarat setuju nak pi ke Singapura. Opss.. lupa nak bagitau plak ahli - ahli mesyuarat selalunya dianggotai oleh aku, Pak Yeh, Rahim, Pullah, Min & Tok Cin (Rizal). Asalnya nak ajak 1 batch pi sana tapi maklum la kalau dah ramai - ramai tu kan, hang ajak aku, aku ajak hang, hang pi aku pi dan macam - macam lagilah kerenahnya, maka last sekali yang on nak pi kami berenam tadi dan ditambah pula dengan Pok Cik Jimbo dan Pali. Aku pun mulanya berat jugak nk pi sebab tak ramai tapi dipikirkan balik dah alang - alang pasport aku yang pi Kemboja hujung bulan 1 aritu pun hidup lagi so aku pun ikut serta ja la... tak la banyak modai nak keluarkan.

Ok dah dapat 6 orang so sekarang nie tugas logistik plak untuk cari penggangkutan ke sana (amboi dah macam buat program lagi, hehe, mestila nak pastikan perjalanan tu lancarkan). Tugas cari pengangkutan nie kami serah kat Pak Yeh sebab dia nie rajin sikit bab - bab search kat internet. Dia pun cari la, pastu dapat la sorang brother nie yang direkemenkan oleh kawan Pak Yeh, dia minta sorang RM100 dari JB bukan dari TM. So dari TM kami terpaksa la cari kenderaan sendiri untuk ke JB. Untuk memastikan kami memininumkan pengeluaran modal kami pun memilih untuk naik KTMB. Kat bawah nie ada sikit gambar kami di atas KTMB untuk ke KL dulu transit kat sana sebelum naik train lain ke JB pada pukul 11.00 mlm. kami naik train kat TM sekitar jam 7.00 mlm ( 2 Mac 2012 ).






Fuhh.. dah la lambat, ekon pun macam ada tak dak ja.... Pastu dah setengah jam perjalanan tiba - tiba boleh plak black out keretapi nie.. memang panas la... nasib baik black out ja, kalau dengan enjin dia pun black out, tak sampai la kami ke JB... Alhamdulillah jugak la... 1 jam 30 minit jugak la kami kepanasan dalan train tu nasib baik jugak la orang pun tak ramai, kalau ramai mau ada yang pengsan kepanasan tak pun pengsan sebab macam - macam bau... hehe




gambar kat bawah nie pulak time kami dah bertukar train utk ke JB.
Tidoq dulu seround dua ( tidoq - tidoq ayam ja orang kata )





Breakfast dulu atas train. Time nie ada la dalam pukul 3.45 pagi.