Pages

Thursday, November 21, 2013

PTPTN : Alhamdulillah Akhirnya Berjaya Juga

Alhamdulillah... Hari ini baru berkesempatan untuk menjenguk ke web akaun PTPTN. Akhirnya, penantian hampir 2 bulan berbaloi apabila BAKI KESELURUHAN PEMBIAYAAN aku telah bertukar daripada RM25K lebih - lebih menjadi RM 0.... kalau diikutkan dalam web tersebut, akaun aku telah bertukar kepada RM 0 pada 12 NOVEMBER 2013 ( Selasa ). Walaubagaimana pun surat pengesahan atau pun surat rasmi berkaitan biasiswa ini masih belum diperolehi. Berkemungkinan dalam sedikit masa lagi akan dapatlah surat berkenaan. Insyallah... :-)


Maka dengan ini ( boleh dikatakan secara RASMINYA ), aku tidak lagi berhutang dengan PERBADANAN TABUNG PENDIDIKAN TINGGI NASIONAL. Terima kasih kepada semua yang membantu sehingga permohonan aku ini diluluskan.. Syukur Alhamdulillah... :-) BEST FOR ALL

Monday, November 11, 2013

PTPTN : MASIH DALAM PROSES & MENGHANGATKAN

Bismillahirrahmanirrahim...

Hari ini 11 NOVEMBER 2013 ( ISNIN ) aku mendapat satu mesej dari kawan aku yang juga merupakan salah seorang staf PTPTN cawangan PERAK. Aku fikirkan dia nak sampaikan berita gembira berkenaan dengan permohonan pertukaran pinjaman kepada biasiswa aku. Tapi, tak sangka plak aku dapat mesej berbaur 'sound' daripada dia. dah la malam hari tu ( 7 NOVEMBER 2013 - HARI KHAMIS ) aku dapat panggilan berbaur 'sound' jugak dari pegawai PTPTN. persoalannya kat sini salahkah aku nak tau status permohonan aku?? segalanya bermula time aku mengajukan soalan dalam ruangan facebook PTPTN. rasanya ayat aku berunsurkan soalan bukan aduan. kalau xpercaya cuba tgk pic kat bawah nie..


tak sangka pulak pertanyaan aku dijadikan sebagai aduan. patut la pegawai PTPTN cawangan Perak terus telefon aku malam tu jugak. Aku tau dia dah buat kerja dia, so ok la rasanya memang dia dah tak dak masalah la kan. Dia kata dia pulak kena sound, rasanya kalau dia dah buat xperlu la dia nak kena sound lagi, dia kata unit pelarasan yang belum meluluskan permohonan aku. So, memang dia dah tak dak masalah la kan. Tapi, aku tengok orang lain yang buat lagi lewat dari aku dah pun dapat surat sukacita, tak kiranya la dia buat by hand ke HQ ka ke cawangan ka yang penting dia lagi lewat dari aku. Sebab tu aku tanya status permohonan aku kat FB PTPTN tu. Tak sangka plak jadi macam nie.

Hari nie pulak, buka ja FB, dapat pulak mesej dari salah sorang member aku yang kerja kat PTPTN tu. Nak tau dia kata apa.. hahaha.. tengok la kat bawah nie.. :

Maaf la kawan, aku memang boleh bersabar cumanya aku kan sekarang tengah MENGANGGUR a.k.a Tanam Anggur. So, aku pun buat la kerja nie... sebab dok tengok kawan - kawan post kat FB semua ramai yang dah diluluskan, aku bila lagi walaupun aku tau In Shaa Allah akan diluluskan. Macam aku kata tadi AKU CUMA NAK TAU STATUS PERMOHONAN AKU SAHAJA. hehe.. ok la ingat tak mau buat pun entry nie. tapi dah dua orang berhubung dengan aku berkaitan soalan aku nie makanya aku pun merajinkan la diri aku untuk buat entry nie. maklum la AKU KAN PENGANGGUR... haha.. sebelum tu jom layan video kat bawah nie. rasa - rasanya ada kena mengena tak dengan soalan aku tu... hehehe..



Sampai di sini dulu la noh entry aku kali nie... In Shaa Allah kalau panjang umur kita jumpa lagi.. Minta Maaf kepada yang mungkin tersinggung or terasa dengan entry aku kali nie.. aku cuma luahkan PERSOALAN aku sahaja... hahaha.. Bye Wassalam.. Best For All

Monday, October 14, 2013

PTPTN : Permohonan Dalam Proses

Hari ini hari Isnin bersamaan 14 Oktober 2013 aku telah menerima surat daripada PERBADANAN TABUNG PENDIDIKAN TINGGI NASIONAL (PTPTN). Dalam hati dok pikiaq dah setel dah hutang aku. Tetapi sebaliknya yang berlaku, surat tu cuma kata depa dah dapat permohonan aku dan dalam proses pertimbangan untuk diluluskan dan dalam surat tu jugak depa suruh aku bayar balik hutang sepertimana yang ditetapkan sehingga permohonan aku lulus. :-( aku nak bayaq macam mana kerja pun tak kan... So aku nak tunggu jugak sampai keputusan keluaq, rasanya aku dah menepati semua syarat - syarat yang ditetapkan untuk mendapatkan pengecualian bayaran balik

Kalau tengok tarikh surat nie dikeluarkan adalah pada 1/10/2013. Maknanya 2 minggu selepas surat dikeluarkan barulah sampai ke tangan aku. haha... Ok la sekarang aku cuma nak tunggu ja keputusan permohonan aku tu sebabnya pegawai yang bertanggungjawab terhadap akaun PTPTN aku tu dia kata dia akan cuba buat yang terbaik untuk meluluskan permohonan aku tu. Mudah - mudahan apa yang dikatanya dilakukannya. :-)

Ok la nak abaq yang tu ja.. haha.. SELAMAT MENYAMBUT HARI RAYA AIDILADHA... 
BEST FOR ALL... As Salam..

Thursday, October 10, 2013

PTPTN : Surat Pengesahan Kelas Pertama UPSI TIDAK SAH

Assalamualaikum whb...,

Dalam minggu ini kecoh berkaitan permohonan pengecualian PTPTN yang tidak diterima oleh PTPTN bagi pelajar UPSI yang memperoleh IJAZAH KELAS PERTAMA. KENAPA TIDAK DITERIMA??? hahhh... Hal ini adalah kerana PIHAK AKADEMIK UPSI telah mengeluarkan SURAT PENGESAHAN KELAS PERTAMA yang tandatangannya adalah "PRINTED" dan bukan yang ditandatangani oleh PEGAWAI yang berkenaan. Oleh itu, pihak PTPTN sendiri telah memberitahu yang permohonan daripada pelajar UPSI MEMANG BERMASALAH KEBANYAKANYA. 

Aku pun baru ja lepas telefon pegawai yang kat bawah nie, dia pulak SALAHKAN PTPTN sebab pihak PTPTN bagitau lewat tentang hal nie.. boleh pulak disalahkan orang. rasanya kalau surat nie bertandatangan hidup tak dak masalahnya pun, adoiiii.... alasan yang dibagi sebab batch aku banyak sangat yang dapat 'first class', so dia tak larat la kot nak sain banyak - banyak.( nie andaian aku je la ).. hahaha

So, sekarang nie pihak PTPTN memang nakkan surat "ORIGINAL" yang macam kat bawah nie BESERTA COP PENGESAHAN PEGAWAI AKADEMIK. (maknanya dia keluarkan surat & dia juga sahkan surat "ORIGINAL" tu. Akan ada dua tandatangan la atas surat tu. satu yang PRINTED dan satu lagi yang DITANDATANGAN GUNA PEN. macam yang kat bawah nie

ada 2 tandatangan atas surat ORIGINAL

tandatangan yang TIDAK SAH walaupun surat ORIGINAL

tandatangan PRINTED
Makanya kalau ada pelajar UPSI yang buat permohonan awal & lepas. Alhamdulillah... kalau yang belum buat kompom tak diterima. mungkin ramai sangat yang bagi surat permohonan yang tak sah nie. So, pihak PTPTN memang tak akan terima dah surat ORIGINAL yang ada satu tandatangan sahaja sebab tandatangan tu TAK SAH bagi pihak PTPTN.

Alhamdulillah, aku menjadi antara yang terawal dari UPSI yang menghantar permohonan dan banyak kali juga aku berhubung dengan pegawai yang bertanggungjawab terhadap akaun PTPTN aku tu, so, tadi dia kata permohonan aku sudah dalam proses dan dia telah serahkan permohonan aku tu pada bosnya.. Mudah - mudahan berjalanlah dengan lancar. Kalau tak diterima, makanya aku kena la ke UPSI semula... Syoq oo abiskan RM200 perjalanan p balik ke UPSI atas sebab orang atas buat kerja mudah... hahahaha...

ALAHAI.. memang staf UPSI sayangkan pelajar - pelajarnya. dah grad pun disuruhnya kita pergi lagi ke situ... Aku pun sayang jugak kat UPSI... memang aku ANAK KANDUNG SULUH BUDIMAN. Good Luck bagi yang akan membuat permohonan pengecualian bayaran balik PTPTN kelas pertama... 

BEST FOR ALL....

Monday, September 30, 2013

PTPTN : Dalam Proses

Alhamdulillah, tepat pukul 2.40 ptg tadi aku menerima panggilan daripada Pn. Aishah ( Pegawai yang bertanggungjawab terhadap akaun PTPTN aku ). Aku ingat esok baru nak telefon dia tapi hari nie dia dah telefon aku. bagus la macam tu kan. hehe.. Katanya, dokumen yang aku pos pada hari Jumaat yang lalu telah sampai kepadanya. TETAPI, terdapat sedikit masalah kat SURAT RASMI PERMOHONAN aku tu. Masalahnya :

  1. aku  letak nama dia kat atas surat tu - sepatutnya atas surat tu TAK BOLEH letak nama dia, cuma letak PERBADANAN TABUNG PENDIDIKAN TINGGI NASIONAL beserta alamatnya seperti dib bawah nie :

Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional
Lot G2, Tingkat Bawah,
Wisma Chase Perdana,
Off Jalan Semantan,
Damansara Heights,
50490 Kuala Lumpur.
Alamat yang BETUL

Alamat yang SALAH

    2.  aku tulis perkataan puan bukan tuan - sepatutnya guna kata ganti diri yang formal iaitu TUAN tak                boleh guna puan.

Ok, 2 tu saja yang perlu aku baiki. Syukur alhamdulillah, aku cuma perlu edit dan bagi balik kat dia by emel jer... :-) Semoga urusan aku nie dipermudahkan. Aku akan tunggu berita selanjutnya nanti. Mudah - mudahan cepat la kan.. :-) 

Ok dulu la setakat nie.. Best For All

Friday, September 27, 2013

Permohonan pertukaran pinjaman PTPTN kepada BIASISWA

Alhamdulillah, setelah 15 hari Istiadat Konvokesyen aku, baru hari ini aku berkesempatan untuk membuat permohonan pertukaran pinjaman PTPTN kepada BIASISWA. WAJIB buat tau sebab dapat 'first class'. hehe.. Ok kepada sesiapa yang berjaya mendapat Ijazah Sarjana Muda Kelas Pertama jugak bolehlah mohon untuk tukarkan pinjaman kepada biasiswa. Itu hak kita tau.. Jangan ingat kalau dah dapat kelas pertama, PTPTN akan tukarkan secara automatik kepada biasiswa yer. kita WAJIB buat permohonan.Kalau tak, sampai bila-bila pun tak tukar jadi biasiswa.

Ada syarat-syarat dia k :
  1. Mestilah graduat dari mana-mana IPTA atau IPTS
  2. Mestilah kelas pertama bagi ijazah sarjana muda (untuk diploma, master ka tak layak eh )
  3. Ijazah sarjana muda mestilah diiktiraf oleh MQA - yang ni boleh check dekat website MQA (utk IPTS sahaja)


Ok ni cara - caranya nak hantar permohonan;

1. SURAT RASMI


Pastikan  buat surat yang menyatakan kita memohon untuk menukarkan pinjaman kita kepada biasiswa. Yerla takkan tiba - tiba bagi borang ja kan. Adanya surat ni memudahkan pihak PTPTN buat rekod. kalau kita nak telefon PTPTN untuk tanya apa - apa senang sebab surat kan ada  tarikh. Buat surat nie bahasa perlu formal. Isi kandungan tepat dan padat tak yah nak meweh - leweh sangat la.. hehe

2. BORANG AKUAN PENERIMAAN BIAYA ( Pin 6)

berdasarkan blog - blog yang aku tengok, banyak yang hantar botang akuan pelajar, tapi aku dah pastikan perkara ini dengan pegawai yang berkenaan dan dia kata memang kena hantar borang akuan penerimaan biaya (Pin 6)

 

Borang ni boleh didownload dari website PTPTN :
boleh juga klik sini --> Borang Akuan Penerimaan Biaya
Dah download silalah isi yer
Dah lengkap, JANGAN LUPA SIGN PULAK!

3. SALINAN IJAZAH DAN TRANSKRIP
Satu salinan Ijazah Sarjana Muda

Satu salinan transkrip
Kedua-duanya perlu disahkan oleh BAHAGIAN AKADEMIK di Universiti tempat kita belajar SAHAJA.
Jangan pulak pi mintak kat ketua kampung/ex-supervisor/dekan fakulti atau pun orang dalam ka (kecuali orang dalam anda tu mmg Pegawai kat UNIT PENGIJAZAHAN tu) yang sahkan TAK BOLEH YER!Memang tak boleh!

4. SURAT PENGESAHAN KELAS PERTAMA


Kalau dalam ijazah kita tidak tertulis perkatan 'Kelas Pertama', Ijazah dari UPSI memang tak dak tulis pun tapi tak pa pihak akademik dah masukkan sek siap dalam sampul surat lepas kita hantar balik jubah kita tu. Menurut pegawai yang bertanggungjawab terhadap akaun aku, surat nie perlu diserahkan yang ORIGINAL. kalau pegawai lain aku tak tau la dia nak ke tak salinan. Pegawai aku nie dia memang tak mau. So aku bagi je la yang original.

5. SIJIL PERAKUAN AKREDITASI DARI AGENSI KELAYAKAN MALAYSIA (MQA) – khas utk pelajar IPTS sahaja

Kalau anda dari IPTS sertakan sekali sesalinan Sijil Perakuan Akreditasi daripada Agensi Kelayakan Malaysia (MQA).

6. HANTAR PERMOHONAN



Kita boleh hantar permohonan kita kat HQ mahupun cawangan PTPTN yang berdekatan dengan tempat tinggal kita. Tapi dalam kes aku nie, aku nak bagi terus kepada pegawai yang tertanggungjawab terhadap akaun PTPTN di pejabat cawangan PERAK. Pegawai yang tertanggungjawab terhadap akaun PTPTN aku itu adalah Pn. Siti Aishah bin Abd Hamid. jika pegawai anda sama seperlu aku, moh le kita hantar kat dia.. :

 No. 11 & 13 Tingkat Bawah
Persiaran Green Town 4
31300 Green Town, Ipoh, Perak

Hari ini 27 SEPTEMBER 2013 ( Jumaat ) tepat pukul 5.00 ptg, aku telah memasukkan permohonan aku ke dalam kotak kiriman pos express di Pejabat Pos Batu Pahat. Semoga segalanya berjalan lancar, Insyallah...


Lepas dah pos jangan kita lepas tangan pulak sebab harus diingat, maaf cakaplah noh biasanya berurusan dengan PTPTN ni leceh sikit, Jadinya kita perlulah sentiasa follow-up permohonan kita dengan pihak PTPTN sendiri. WAJIB tahu. Takut jadi perkara tak diingini pulak.

Anda juga boleh dengar perbualan telefon antara saya dengan pegawai PTPTN yang bertanggungjawab terhadap akaun PTPTN saya di sini --- >> PROSES PENGECUALIAN BAYARAN BALIK PTPTN BAGI IJAZAH SARJANA MUDA KELAS PERTAMA

Semoga membantu serba sedikit. JIka anda inginkan lebih kepastian, anda bolehla hubungi pegawai yang menjaga akaun PTPTN anda. anda boleh semak pegawai tersebut dengan klik di sini --- >> Pegawai yang menguruskan akaun pinjaman PTPTN dan simpanan SSPN-i anda

Di kesempatan ini juga aku ingin merakamkan jutaan terima kasih kepada salah seorang staf UPSI yang sudi berulang - alik ke bahagian akademik UPSI untuk mendapatkan cop pengesahan daripada pegawai di UNIT PENGIJAZAHAN. TERIMA KASIH CIK. Jasamu akan ku kenang.. :-) Peace For All....

Thursday, September 19, 2013

KONVOKESYEN UPSI

wahh.. khusyuknya dok tengok, dengan sapa tu? hehe
Syukur Alhamdulillah, pada 12 SEPTEMBER 2013 aku sudah bergelar ALUMNI ANAK KANDUNG SULUH BUDIMAN UPSI. Setelah 4 tahun mencari ilmu di bumi Mualim Tg. Malim akhirnya aku berjaya menamatkan pengajian aku dengan memperoleh IJAZAH SARJANA MUDA PENDIDIKAN (KEMAHIRAN HIDUP) DENGAN KEPUJIAN KELAS PERTAMA. 4 tahun dahulu aku bermula dengan 0 dan akhirnya aku berjaya beroleh kejayaan di puncak menara gading ( cewah ayat.. hehe )

zaman kena buli kat KZ UPSI, best kot.. hehe
Gambar kat atas nie merupakan gambar minggu suai kenal Kolej Za'ba UPSI. Minggu nie kiranya baru nak kenal apa itu Universiti. nak2 aku nie first time plak duduk kolej (hostel) nie kan.. so macam - macam la nak kena belajar kan.. Apa - apa pun alhamdulillah dapat la merasa dok kolej 1 tahun ( 2 sem ). masuk tahun ke 2 dan seterusnya aku dah tak duduk kolej, aku duduk umah sewa plak. bebas sikit nak keluar masuk kalau duduk luar cuma keselamatan la kurang terjamin sikit. Tapi keselamatan dalam kolej pun bukannya terjamin pun, ada ja kes kecurian yang berlaku cuma tak dihebohkan jer.... disebabkan aku lelaki so tak kesah sangat la nak duduk luar nie kan.. :-)

opss... macam dah lari tajuk plak.. hehe.. aku merepek hari nie sebab nak cerita pasal konvo la bukan minggu suai kenal.. hehe.. ok, back to the topic, kat bawah nie ada sikit gambar - gambar konvo aku.. :-

aik macam mana boleh duduk atas pentas nie..?? hehe

siap bagi ucapan pulak...
Satu lagi pengiktirafan yang tidak ternilai bagi aku apabila aku diberi mandat untuk menjadi wakil graduan untuk menyampaikan ucapan semasa Istiadat Konvokesyen Sesi 5. Terkejut juga aku apabila mendapat panggilan untuk diberi tanggungjawab ini. Awalnya nak juga tolak tapi difikir-fikirkan balik, mungkin hari itu merupakan hari terakhir kelibat aku di UPSI, maka aku pun menerima tanggungjawab itu. Gemuruh jugak la aku kat atas pentas tu bersama - sama orang - orang besar UPSI. Tak kesah la aku apa orang nak kata kat aku lepas aku bagi ucapan itu, maklumla aku nie bukan orang bahasa nak cakap menggunakan intonasi formal, aku nie graduan teknikal kan so aku cakap biasa - biasa la... terkeluaq jugak la loghat Kedah aku tu.. hehe.. tapi tak pa sebab Naib Canselor dan Pro-Canselor pun orang Kedah jugak, Pro-Canselor releks ja cakap Kedah.. hehe.. Sori boss... ok la layan pulak gambar yang lain.

"Kami sudah Konvo"
 

bersama abah, mak dan ehem2... 

Wednesday, August 14, 2013

~ ~ Pasar Karat Rengit ~ ~


Pasar Karat Rengit? semestinya sudah ramai yang mengetahui akan kewujudan pasar karat nie? kenapa nama dia pasar karat? hurmmm... mungkin di tempat ini peniaga - peniaganya menjual barangan terpakai kot. Mereka mendapat bekalan barangan terpakai nie daripada negara seberang iaitu Singapura. setelah 4 tahun aku di Batu Pahat, 13 Ogos 2013 baru aku berkesempatan untuk pergi tengok keadaan tempatnya. aku difahamkan peniaga - peniaganya adalah penduduk orang asli tempatan. ok jom kita pergi tengok sendiri.. hehe.. aku yang tergerak nak pergi nie pun disebabkan nak beli mesin basuh sebabnya mesin basuh kat umah dia macam - macam bunyi ada. Dengar katanya murah. Tu yang nak try pi tengok. Perjalanannya mengambil masa hanya dalam lingkungan 30 minit sahaja daripada rumah aku.

 kedainya hanya berbumbungkan zink dan bertiangkan kayu


mungkin time aku mai nie orang tengah beraya lagi kot, lenggang ja..

Jalannya yang sempit.. hati - hati, depa nie bawak motor bukan main laju



Hah.. benda nie lah yang dicarinya.. mak ai banyak gila.. branded - brended plak tu..

bukan mesin basuh ja banyak, peti ais pun banyak jugak.. bukannya cikai - cikai punya brand, ada Samsung, LG, Toshiba, Panasonic, Haier dan lain - lain lagi.. Agak - agak kalau baru kawin tu boleh la mai sini borong barang - barang second hand nie... bukannya tak elok, elok ja aku tengok, karat pun tak lagi. Cuma kena pandai pilih la... jangan main serbu ja.. hehe.. ada sorang pak cik ( peniaga ) tu kata, kalau kita bawa RM2,000 kita dah boleh perabut dari ruang tamu sampailah ke dalam bilik tidur. full pakej. Cumanya kita kena bawa kenderaan sendiri la sebab depa tak menyediakan perkhidmatan pengangkutan.

Inilah hasilnya... harga buka RM600, puas ejas dia bagi RM450 ja.... boleh la kan...
hah.. kat atas nie la mesin basuh yang tertambat di hati mak aku... hehe.. LG tu... mudah - mudahan tahan lama la.. kak ipar aku yang rekemenkan kedai nie sebab dia dah penah beli kat kedai nie, dia beli mesin basuh 10kg dengan harga RM500. Dah 2 tahun dia guna, ok ja lagi. Yang mak aku angkat nie 8.5kg... Ok la tu kan.. aku balik search kat internet model yang sama dekat singapura harga dia SGD 240 = RM 620++


Nie plak antara barangan lain yang turut dibeli, tikar tu 2 = RM70, bantal plak 1 = RM10

Ok la, nak cerita tu ja entry kali ini.. hehe.. kalau - kalau ada member - member yang nak p boleh la roger - roger. kot la ada member yang luar dari johor yang nak p, boleh la aku tolong bawakkan.. :-) Sehingga jumpa lagi.. Wassalam.. Peace for All... (y)

Sunday, August 4, 2013

Cuti Semester ke Borneo


Assalammualaikum warahmatullahi wabarakatuh...

Hampir setahun rasanya aku sudah tidak mengarut di sini... hehe.. Maklum la sejak bermulanya semester 7 iaitu semester yang membuatkan aku menjadi guru telah menyebabkan aku kurang mempunyai masa untuk diluangkan di sini.. biasa la dah nama pun praktikumkan mesti la sibuk di sekolah, balik sekolah sibuk dengan rumah plak, RPH kena buat lagi kan.. huhu.. OK la ok  la entri kali ini aku nak cerita sikit pengalaman aku pergi bercuti ke nun di sana.. haha.. iaitu di SARAWAK BUMI KENYALANG..

Alkisahnya bermula dari bermulanya cuti semester 7 iaitu selepas abis praktikum, aku buat la part time work kat kilang beras faiza, kerja kuli bawah ja.. 4 bulan cuti, 2 bulan ja aku keja.. alhamdulillah dapat la sikit rezeki untuk menampung perbelanjaan bila naik semester 8 nanti. Masa cuti tu la geng2 yang nak pi Sarawak nie berkomplot ( amboi ayat macam jahat ja bunyinya ). Depa rancang tarikh & booking tiket. Tarikh yang dipersetujui adalah 10 April - 13 April 2013. Depa tu daripada : -

 Rizal @ cin

 Joe
dia nie la driver kami sepanjang kami kat Sarawak ( Terbaik punya driver baq hang )

 Rahim

 Azmi

 Pulah

 Jimbo

 Acap

 Husaini @ Sen

 Min
dia nie pulak co-pilot kami, yang sentiasa bergaduh dengan pilot kami.. haha

Tapi malangnya time depa semua nie dok berkomplot nak pi Sarawak tu, depa kata depa tak dapat nak contact aku. Jadi, depa beli la tiket dulu dalam masa cuti semester tu. Bila buka semester ada yang tnya aku pasaipa aku tak follow pi Sarawak.. Macam mana aku nak follow time depa beli tiket tak sorang pun yang contact aku. Nak buat macam mana mungkin tak dak rezeki aku kot kali nie. Tapi, lebih kurang dalam 2 atau 3 minggu sebelum depa berangkat ke Sarawak, aku cuba - cuba la intai dalam web http://www.airasia.com, mana la tau ada lagi ka kosong kan. Tak disangka - sangka memang aku bertuah sebab ada lagi tempat kosong & yang paling best tiket dia boleh tahan murah la. Depa kata tiket depa RM200 sorang. Kalau betoi memang bertuah sangat la aku. Nak tau pasaipa... Tengok kat bawah nie.. hehe



pejam celik pejam celik, tibalah waktu untuk berangkat ke Sarawak. Bagi memastikan perjalanan berjalan dengan lancar kami bertolak awai ke LCCT. Bukan kata awai tapi tersangat awai.. haha.. Flight kami pukul 10.50 pagi ( 10 Apr 2013 ) tapi 9 Apr kami dah bertolak dari Tg. Malim, Perak dengan menaiki Komuter. Naik Komuter pun untuk jugak aku sebab ada kad nie :-


Dapat la diskaun 50%. Harga asal rm7.50, aku bayar dalam rm3.25 jer... TQ Dato Seri Najib.. hahaha.. kat bawah nie ada sikit pemandangan kami kat atas komuter tu :-



Apa yang menariknya kat sini, kami naik komuter nie turun kat Terminal Bersepadu Selatan ( TBS ) pastu dari sana kami naik pulak LRT kot ke Salak tinggi kalau tak silap. Kemudian, dari Salak Tinggi kami naik bas pulak untuk ke LCCT.. Nampak tak betapa susah dan jauhnya kami nak sampai ke LCCT.. haha.. Sesampai ja kat LCCT, kami pun cari la port untuk tidur sekejap. Port yang kami pilih tak lain tak bukan cafe LCCT.Kat sini memang terkenal dengan tempat untuk transit sebentar sebelum naik flight. Ok la kat bawah nie ada sikit gambaran sebelum kami berlepas.. :-