Pages

Monday, September 30, 2013

PTPTN : Dalam Proses

Alhamdulillah, tepat pukul 2.40 ptg tadi aku menerima panggilan daripada Pn. Aishah ( Pegawai yang bertanggungjawab terhadap akaun PTPTN aku ). Aku ingat esok baru nak telefon dia tapi hari nie dia dah telefon aku. bagus la macam tu kan. hehe.. Katanya, dokumen yang aku pos pada hari Jumaat yang lalu telah sampai kepadanya. TETAPI, terdapat sedikit masalah kat SURAT RASMI PERMOHONAN aku tu. Masalahnya :

  1. aku  letak nama dia kat atas surat tu - sepatutnya atas surat tu TAK BOLEH letak nama dia, cuma letak PERBADANAN TABUNG PENDIDIKAN TINGGI NASIONAL beserta alamatnya seperti dib bawah nie :

Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional
Lot G2, Tingkat Bawah,
Wisma Chase Perdana,
Off Jalan Semantan,
Damansara Heights,
50490 Kuala Lumpur.
Alamat yang BETUL

Alamat yang SALAH

    2.  aku tulis perkataan puan bukan tuan - sepatutnya guna kata ganti diri yang formal iaitu TUAN tak                boleh guna puan.

Ok, 2 tu saja yang perlu aku baiki. Syukur alhamdulillah, aku cuma perlu edit dan bagi balik kat dia by emel jer... :-) Semoga urusan aku nie dipermudahkan. Aku akan tunggu berita selanjutnya nanti. Mudah - mudahan cepat la kan.. :-) 

Ok dulu la setakat nie.. Best For All

Friday, September 27, 2013

Permohonan pertukaran pinjaman PTPTN kepada BIASISWA

Alhamdulillah, setelah 15 hari Istiadat Konvokesyen aku, baru hari ini aku berkesempatan untuk membuat permohonan pertukaran pinjaman PTPTN kepada BIASISWA. WAJIB buat tau sebab dapat 'first class'. hehe.. Ok kepada sesiapa yang berjaya mendapat Ijazah Sarjana Muda Kelas Pertama jugak bolehlah mohon untuk tukarkan pinjaman kepada biasiswa. Itu hak kita tau.. Jangan ingat kalau dah dapat kelas pertama, PTPTN akan tukarkan secara automatik kepada biasiswa yer. kita WAJIB buat permohonan.Kalau tak, sampai bila-bila pun tak tukar jadi biasiswa.

Ada syarat-syarat dia k :
  1. Mestilah graduat dari mana-mana IPTA atau IPTS
  2. Mestilah kelas pertama bagi ijazah sarjana muda (untuk diploma, master ka tak layak eh )
  3. Ijazah sarjana muda mestilah diiktiraf oleh MQA - yang ni boleh check dekat website MQA (utk IPTS sahaja)


Ok ni cara - caranya nak hantar permohonan;

1. SURAT RASMI


Pastikan  buat surat yang menyatakan kita memohon untuk menukarkan pinjaman kita kepada biasiswa. Yerla takkan tiba - tiba bagi borang ja kan. Adanya surat ni memudahkan pihak PTPTN buat rekod. kalau kita nak telefon PTPTN untuk tanya apa - apa senang sebab surat kan ada  tarikh. Buat surat nie bahasa perlu formal. Isi kandungan tepat dan padat tak yah nak meweh - leweh sangat la.. hehe

2. BORANG AKUAN PENERIMAAN BIAYA ( Pin 6)

berdasarkan blog - blog yang aku tengok, banyak yang hantar botang akuan pelajar, tapi aku dah pastikan perkara ini dengan pegawai yang berkenaan dan dia kata memang kena hantar borang akuan penerimaan biaya (Pin 6)

 

Borang ni boleh didownload dari website PTPTN :
boleh juga klik sini --> Borang Akuan Penerimaan Biaya
Dah download silalah isi yer
Dah lengkap, JANGAN LUPA SIGN PULAK!

3. SALINAN IJAZAH DAN TRANSKRIP
Satu salinan Ijazah Sarjana Muda

Satu salinan transkrip
Kedua-duanya perlu disahkan oleh BAHAGIAN AKADEMIK di Universiti tempat kita belajar SAHAJA.
Jangan pulak pi mintak kat ketua kampung/ex-supervisor/dekan fakulti atau pun orang dalam ka (kecuali orang dalam anda tu mmg Pegawai kat UNIT PENGIJAZAHAN tu) yang sahkan TAK BOLEH YER!Memang tak boleh!

4. SURAT PENGESAHAN KELAS PERTAMA


Kalau dalam ijazah kita tidak tertulis perkatan 'Kelas Pertama', Ijazah dari UPSI memang tak dak tulis pun tapi tak pa pihak akademik dah masukkan sek siap dalam sampul surat lepas kita hantar balik jubah kita tu. Menurut pegawai yang bertanggungjawab terhadap akaun aku, surat nie perlu diserahkan yang ORIGINAL. kalau pegawai lain aku tak tau la dia nak ke tak salinan. Pegawai aku nie dia memang tak mau. So aku bagi je la yang original.

5. SIJIL PERAKUAN AKREDITASI DARI AGENSI KELAYAKAN MALAYSIA (MQA) – khas utk pelajar IPTS sahaja

Kalau anda dari IPTS sertakan sekali sesalinan Sijil Perakuan Akreditasi daripada Agensi Kelayakan Malaysia (MQA).

6. HANTAR PERMOHONAN



Kita boleh hantar permohonan kita kat HQ mahupun cawangan PTPTN yang berdekatan dengan tempat tinggal kita. Tapi dalam kes aku nie, aku nak bagi terus kepada pegawai yang tertanggungjawab terhadap akaun PTPTN di pejabat cawangan PERAK. Pegawai yang tertanggungjawab terhadap akaun PTPTN aku itu adalah Pn. Siti Aishah bin Abd Hamid. jika pegawai anda sama seperlu aku, moh le kita hantar kat dia.. :

 No. 11 & 13 Tingkat Bawah
Persiaran Green Town 4
31300 Green Town, Ipoh, Perak

Hari ini 27 SEPTEMBER 2013 ( Jumaat ) tepat pukul 5.00 ptg, aku telah memasukkan permohonan aku ke dalam kotak kiriman pos express di Pejabat Pos Batu Pahat. Semoga segalanya berjalan lancar, Insyallah...


Lepas dah pos jangan kita lepas tangan pulak sebab harus diingat, maaf cakaplah noh biasanya berurusan dengan PTPTN ni leceh sikit, Jadinya kita perlulah sentiasa follow-up permohonan kita dengan pihak PTPTN sendiri. WAJIB tahu. Takut jadi perkara tak diingini pulak.

Anda juga boleh dengar perbualan telefon antara saya dengan pegawai PTPTN yang bertanggungjawab terhadap akaun PTPTN saya di sini --- >> PROSES PENGECUALIAN BAYARAN BALIK PTPTN BAGI IJAZAH SARJANA MUDA KELAS PERTAMA

Semoga membantu serba sedikit. JIka anda inginkan lebih kepastian, anda bolehla hubungi pegawai yang menjaga akaun PTPTN anda. anda boleh semak pegawai tersebut dengan klik di sini --- >> Pegawai yang menguruskan akaun pinjaman PTPTN dan simpanan SSPN-i anda

Di kesempatan ini juga aku ingin merakamkan jutaan terima kasih kepada salah seorang staf UPSI yang sudi berulang - alik ke bahagian akademik UPSI untuk mendapatkan cop pengesahan daripada pegawai di UNIT PENGIJAZAHAN. TERIMA KASIH CIK. Jasamu akan ku kenang.. :-) Peace For All....

Thursday, September 19, 2013

KONVOKESYEN UPSI

wahh.. khusyuknya dok tengok, dengan sapa tu? hehe
Syukur Alhamdulillah, pada 12 SEPTEMBER 2013 aku sudah bergelar ALUMNI ANAK KANDUNG SULUH BUDIMAN UPSI. Setelah 4 tahun mencari ilmu di bumi Mualim Tg. Malim akhirnya aku berjaya menamatkan pengajian aku dengan memperoleh IJAZAH SARJANA MUDA PENDIDIKAN (KEMAHIRAN HIDUP) DENGAN KEPUJIAN KELAS PERTAMA. 4 tahun dahulu aku bermula dengan 0 dan akhirnya aku berjaya beroleh kejayaan di puncak menara gading ( cewah ayat.. hehe )

zaman kena buli kat KZ UPSI, best kot.. hehe
Gambar kat atas nie merupakan gambar minggu suai kenal Kolej Za'ba UPSI. Minggu nie kiranya baru nak kenal apa itu Universiti. nak2 aku nie first time plak duduk kolej (hostel) nie kan.. so macam - macam la nak kena belajar kan.. Apa - apa pun alhamdulillah dapat la merasa dok kolej 1 tahun ( 2 sem ). masuk tahun ke 2 dan seterusnya aku dah tak duduk kolej, aku duduk umah sewa plak. bebas sikit nak keluar masuk kalau duduk luar cuma keselamatan la kurang terjamin sikit. Tapi keselamatan dalam kolej pun bukannya terjamin pun, ada ja kes kecurian yang berlaku cuma tak dihebohkan jer.... disebabkan aku lelaki so tak kesah sangat la nak duduk luar nie kan.. :-)

opss... macam dah lari tajuk plak.. hehe.. aku merepek hari nie sebab nak cerita pasal konvo la bukan minggu suai kenal.. hehe.. ok, back to the topic, kat bawah nie ada sikit gambar - gambar konvo aku.. :-

aik macam mana boleh duduk atas pentas nie..?? hehe

siap bagi ucapan pulak...
Satu lagi pengiktirafan yang tidak ternilai bagi aku apabila aku diberi mandat untuk menjadi wakil graduan untuk menyampaikan ucapan semasa Istiadat Konvokesyen Sesi 5. Terkejut juga aku apabila mendapat panggilan untuk diberi tanggungjawab ini. Awalnya nak juga tolak tapi difikir-fikirkan balik, mungkin hari itu merupakan hari terakhir kelibat aku di UPSI, maka aku pun menerima tanggungjawab itu. Gemuruh jugak la aku kat atas pentas tu bersama - sama orang - orang besar UPSI. Tak kesah la aku apa orang nak kata kat aku lepas aku bagi ucapan itu, maklumla aku nie bukan orang bahasa nak cakap menggunakan intonasi formal, aku nie graduan teknikal kan so aku cakap biasa - biasa la... terkeluaq jugak la loghat Kedah aku tu.. hehe.. tapi tak pa sebab Naib Canselor dan Pro-Canselor pun orang Kedah jugak, Pro-Canselor releks ja cakap Kedah.. hehe.. Sori boss... ok la layan pulak gambar yang lain.

"Kami sudah Konvo"
 

bersama abah, mak dan ehem2...